Intan Shahira.
Rindu
17 Dec 2012 , 0 Comment


Assalamualaikum. Hai hello hai hello. Yeyyy aku demam. Awat ea ? Mama kata sebab aku selalu tidur lambat. Oh please lah maaaa. Cuti sekolah, ofcourse lah tidur lambat. Baru nak bangga hidup bebas tanpa alam persekolahan. Raikan kemenangan yang tak seberapa ni. Ceh, next year dah sekolah. Dah tak mampu nak tidur lambat. Dah tak boleh tengok tv sampai malam. Tolong faham saya mama. Aum. So! Today takda cerita lah. Tapi...... tetiba nak cakap pasal rindu. Rindu ? Kenape dengan rindu ? Aku rindu sape ? Sape rindu aku ? Why why ? Ohyeah . 

Pernah tak rasa rindu untuk ada seseorang rindu pada kita? pernah tak rasa rindu untuk ada seseorang sayang pada kita? pernah tak rasa rindu untuk ada seseorang bergelak tawa untuk kita? pernah tak rasa rindu untuk ada seseorang boleh jadi segalanya untuk kita? Pernah tak rasa rindu yang kita sendiri tak sedar perasaan tu datang ? TIPU. Kalau kata tak pernah. Semua orang mesti pernah rasa. Aku sendiri pernah rasa  semua ni. Please please please jangan tipu cakap kau tak pernah rasa. Kecuali! Kau sejenis alien dari planet matoki yang takda perasaan langsung. K ._.

Kau kena tahu, semua ni adalah konsep menghargai. Apa sajee yang berlaku sama ada sekejap atau lama,  kita kena teruskan sebab kita takkan pernah tahu mana pengakhirannya. Manusia. Kan memang perangai manusia, rindu bila sudah tiada. Teringat bila tiada depan mata. Bila ada?  Mana penghargaannya? Aku pernah khilaf , aku bodoh. Aku biarkan orang yang sayangkan aku. Aku tak pernah hargai. Aku biarkan diaorang terkejar kejar dekat aku. Aku kejar apa yang buat aku seronok. Aku pedulikan perasaan yang ada. Apa nak fikir perasaan orang kan? 

Bodohnya aku kan. And ! Sebab semua ni aku taktahu rasa sakit. Aku taktahu rasa ditinggalkan. Sebab aku tahu, Bila kau pergi, ada yang akan datang. Bodoh kan? Tapi karma... Karma mengejar aku. Sekarang aku tahu rasa sakit bila tak diperdulikan. Rasa sakit bila ditinggalkan. Aku tahu rasa sakit untuk hadap benda benda yang akan terjadi pada masa akan datang . Rasa sakit bila apa yang kita nak.. Just diperlekehkan jee. Sakit. Memang sakit.. and untuk tahan semua ni , tersangat sangat sakit k. 


So untuk korang .. Apa yang ada depan mata korang , tolong hargai . Bukan manusia je, tapi semua! Apa saje yang ada depan mata kita kena hargai. Bukan senang nak dapat peluang kedua. Kalau ada yang meminta satu peluang , for what nak kena bagi peluang kedua. Kan? Selagi ada peluang untuk kita, Kita guna sebaik mungkin. Maybe peluang itu takdir and yang terakhir untuk kita. Kan. Hargai lah apa yang korang ada sekarang ni. Jangan bila dah takda, Bila dah hilang dari pandangan baru korang nak hargai, nak menyesal. Semua tu dah tak guna. Macam aku. Aku menyesal.. tapi semua tu dah tak guna. Khabis!
Dada berdebar debar nak tunggu 19 December 2012 . Doakan Eira and all PMR Candidates 2012 k . Thankyou .

So, gtg now. bye Assalamualaikum. Publish! ;D

Chahigha.

I believe in being strong when everything seems to be wrong. I believe that happy girls are the prettiest girls. I believe is tomorrow is another day. And i believe in miracles. Bye.

Follow Dashboard

Tagboard.





Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.