Intan Shahira.
Pelangi.
22 Mar 2013 , 0 Comment


Hai and Assalamualaikum. Sekian lama aku tak update blog. Bukan je berhabuk, berdebu bersarang mungkin sekali. Kemalasan dan kesibukan yang teramat tinggi sedang menguasai diri ini. Dan akhirnya setelah sekian lama menginggalkan blog ini bersendirian, aku cuba untuk mengupdate sepanjang yang boleh walaupun idea sedang cuba untuk menyorok disebalik neuron neuron diotak saya. Hampir sebulan blog ini meratapi pemergian tuannya ke Kolej Vokasional. Takziah diucapkan. Kini, pelangi menjadi topik pengupdatetan saya. Ayat berkias sangat. Mantol -.- 

Hmm macam mana nak mula ayat ni. Pelangi.... Eh bukan. Hidup kita sama macam pelangi. Indah. Sangat indah. Tapi kadang kadang keindahan pelangi itu boleh hilang juga. Tak lama pun, mungkin sementara. Hidup mana yang tak ditimpa kesedihan. Sama macam bumi. Bumi mana tak ditimpa hujan. Kalau kita cuba kira panas daripada pagi sampai ke petang. Pasti akan ada mendungnya, akan ada hujannya. Sekejap. Mendung hadir hanya untuk seketika. Bagi mengingatkan kita bahawa panas tidak kekal selamanya. Tapi bila tiba satu musim, terang seterang - terangnya tanpa hujan. Mendung menghilang untuk melihat adakah kita ingat yang hujan akan datang bila bila masa. 

Macamtu juga dalam hidup. Kita kena ingat bahawa tak selamanya kita akan bahagia dan tak selamanya juga kita akan bersedih. Tuhan itu adil. Bila kita gembira, dia akan bagi kita kesedihan. Biarpun sekejap. Untuk kita ingat bila kita gembira, dia bagi kita kesedihan dan bila kita sedih, dia akan bagi kita kegembiraan. Walaupun sekelumit. Sekurang kurangnya kita cuba hargai kegembiraan yang hadir itu. Lama. Entah bila kali terakhir aku berjumpa dengan pelangi. Mungkin nasib baik kali ini. Sedang hujan, pelangi tiba. Orang kata pelangi hanya tiba bila lepas hujan. Tapi, kali ini hujan belum berhenti tetapi pelangi sudah tiba.  Sama, kita sedih tentang sesuatu perkara tapi kita terlupa ada perkara yang akan datang menggembirakan kita. Kan?  

Eh, ada satu perkara lagi. Ada orang kata, kejap, ramai orang kata sebenarnya, Lelaki itu sama. Aku sangkakan mereka tak sama. Berbeza. Sangat berbeza. Aku sangkal kata kata mereka. Tapi rupanya, mereka memang ada persamaannya. Bukan semua, sedikit. Sikit sangat persamaan mereka. Ego. Si lelaki lebih sayangkan egonya lebih daripada segala galanya. Ego mereka lebih tinggi daripada Gunung Kinabalu yang setinggi 4104 meter itu. Mungkin seangkatan tingginya dengan Gunung Everest yang setinggi 8850 meter itu. Wohaaa hebat. Dan sebenarnya ego mereka itu telah banyak tumpahkan air mata wanita. Sedar? Ya. Tidak setuju? Terserah. 

Bye.

Chahigha.

I believe in being strong when everything seems to be wrong. I believe that happy girls are the prettiest girls. I believe is tomorrow is another day. And i believe in miracles. Bye.

Follow Dashboard

Tagboard.





Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.