Intan Shahira.
Rozizie Haida Binti Romzi.
25 May 2013 , 0 Comment

Assalamualaikum. Night. Sebulan tak update, berhabuk dan bersarang blog ni. Maaf, kebusyan membantutkan usaha saya untuk mengemaskini blog. Bosan ? Tak perlu baca. Saya agak sibuk kebelakangan ini. Final Exam Semester 1 membuatkan saya gila tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya agak pelik kenapa saya menggunakan bahasa baku sekarang. Ketandusan idea mungkin? 

Dia peneman ketika saya sedang suka dan duka. Bila saya kecewa , saya cari dia untuk saya cerita segalanya. Bila saya ada terlalu banyak cerita untuk dijadikan bahan umpatan, saya ajak dia untuk tambah dosa dengan mengumpat. Jahatnya saya tapi kesah apa saya ? Bila saya sakit, saya cari dia untuk mengadu padahal bukan dia boleh bagi saya ubat. Bila saya ada masalah, saya cari dia untuk menjadi sumber nasihat dan semangat. Bila saya sedih, saya cari dia untuk kembalikan keceriaan saya. Bila saya terasa hati, saya cari dia untuk mengubati. 

Tapi saya hilang ketika dia berduka. Saya hilang ketika dia kecewa. Saya hilang ketika dia ada banyak cerita untuk diceritakan. Saya hilang ketika dia sedang sakit. Saya hilang ketika dia ada masalah. Saya hilang ketika dia bersedih. Saya hilang ketika dia terasa hati. Saya hilang ketika saya bahagia. Saya hilang ketika saya ceria. Saya hilang ketika saya bersama yang lain. Jahatkah saya? Layakkah saya untuk menjadi seorang sahabat kepada dia? 

Dia seorang kawan yang superb. Dia seorang sahabat yang fabulous. Dia seorang teman yang hebat. Dia seorang motivator yang banyak membantu. Dia seorang pendengar setia yang awesome. Dia seorang penasihat tegar yang power. Dia seorang pemberi semangat yang wonderful. Dia seorang pembawa ceria dan bahagia yang fantastic. Saya bahagia mempunyai seorang kawan, sahabat dan teman seperti dia. Saya sayang dia dan dia ialah kawan saya ;)
Nota kaki dan tangan ; To Rozizie Haida , maafkan salah silap Eira. Terima kasih kerana sentiasa ada ketika Eira memerlukan. Eira sayang Zyzye ;)

Chahigha.

I believe in being strong when everything seems to be wrong. I believe that happy girls are the prettiest girls. I believe is tomorrow is another day. And i believe in miracles. Bye.

Follow Dashboard

Tagboard.





Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.