Intan Shahira.
Terasa hati ? Jauhkan diri ?
26 May 2013 , 0 Comment

Assalamualaikum . Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alangkah indahnya jika setiap hari aku boleh update blog macamni. Hidupku bebas tanpa Penjara Mengkibol. Eh? Okay, mood mengupdate datang secara tiba tiba ketika aku sedang asyik duduk di atas sofa dan makan chocolate cadbury dairy milk adik aku. Kesian dia. Takpe, esok Kak Eira belikan yang baru. Ya, aku seorang akak yang baik. Sila muntah darah sekarang.

Terasa hati ? Mungkin. Tapi sebab apa? Dengan siapa? Semua itu biarlah rahsia. Kehkeh. Tak perlu lah aku hebohkan kat sini. Dah macam attention seekers dah. Aku bukannya macam.......... blank. Hahahaha okay abaikan. Nak kata hati aku ni hati batu , aku tipu. Mana ada batu dalam badan aku. Nak kata hati aku ni hati kering, sentiasa pulak dia basah dengan darah yang mengalir dalam badan aku ni. Tapi kenape orang selalu sakitkan hati aku? Hm, mungkin juga sebab diri aku sendiri. Puncanya aku..... aku tak pernah fikir, adakah aku pernah sakitkan hati seseorang? Mungkin ini balasan tuhan atas kesilapan yang aku sendiri tak pernah sedar. Mungkin?

Jauhkan diri? Ya. Aku tengah cuba menjauhkan diri daripada semua orang. Mungkin aku cuma lari sekejap. Macam lari marathon tu. Bukannya lama. Tapi aku akan cuba berlari jauh.... jauh tinggalkan semua orang. Tak kesah lah sama ada di hadapan atau di belakang. Jangan cari aku. Yang pasti aku rasa aku lebih selamat , aman dan hmm tenang bila macamni. Aku mungkin akan jadi katak bawah tempurung dengan terperap je dalam bilik tapi... ini jee cara untuk aku ubati balik hati aku yang luka parah dipanah petir yang sambar menyambar dan ini hanya penipuan. Hm aku akan kembali tak lama lagi hehehe ;)

Jangan pernah tanye kenape aku jadi macamni. Sedangkan mak bapak aku pun tak tanya, siapa kau nak tanye semua ni? Haha okay jahat. Saya okay, saya dah besar. Cuma biasalah, hati kalau dah terkoyak sikit bukannya senang nak cantum. Ok, jangan kaitkan semua ni dengan Akmal. Aku sentiasa okay dengan dia. Cuma, aku terasa dengan orang sekeliling aku. Siapa? Fikirlah sendiri. Ramai sangat kalau nak senaraikan. Aku cuma jadi bahan untuk melepaskan satu kemarahan , satu penyesalan. Tapi bila Tuhan turunkan kesenangan dan kebahagiaan? Siapa yang ingat aku? Takda. Tapi aku tak mengharap orang ingat aku. Aku ingat diri aku sendiri pun cukuplah. Kan? 

Bersabarlah Wahai Hati. Perjalanan kita masih jauh ;)

Kbye

Chahigha.

I believe in being strong when everything seems to be wrong. I believe that happy girls are the prettiest girls. I believe is tomorrow is another day. And i believe in miracles. Bye.

Follow Dashboard

Tagboard.





Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.