Intan Shahira.
Kecil hati or besar hati?
15 Nov 2013 , 0 Comment

Kalau ditanya, mana satu yang kita nak, sama ada kecil hati kalau besar hati? Aku yakin, semua orang akan bagi jawapan yang sama iaitu besar hati. Siapa yang suka bila kecil hati. Tapi sebenarnya orang yang mudah kecil hati ni ialah orang yang ada masalah dengan diri sendiri. Even diaorang kecil hati dengan orang lain atau orang disekeliling diaorang tapi sebenarnya diaorang ialah manusia yang sangat mementingkan diri sendiri. Diaorang pun rasa kebahagiaan dan ketenangan hidup diaorang bergantung kepada orang lain. Diaorang pun tak memasal menyusahkan diri sendiri. 

Contohnya, if someone sindir , menganjing atau perli tentang size badan diaorang selama 10 saat. Diaorang akan termakan dan terasa dengan sindiran tuh dan menyebabkan diaorang tak lalu nak makan, taknak keluar rumah dan tak boleh tidur selama 10 bulan. Tak ke namanya menyusahkan diri sendiri tu? Tapi untuk pengetahuan semua, aku salah seorang manusia yang tergolong dalam golongan yang mudah berkecil hati. Orang tak senyum, kecil hati. Orang tak tegur, kecil hati. Orang reply lambat, kecil hati. Yeyee betul minah ni. Tapi aku yakin semua orang pasti akan ada perasaan kecil hati sama adaa mudah atau jarang kecil hati. Terpulang kepada diri seseorang tuh sebenarnya. Dan, aku sedang mencuba untuk jarangkan diri dengan perasaan kecil hati. Azam baru untuk tahun hadapan. InsyaAllah.

Assalamualaikum.


Chahigha.

I believe in being strong when everything seems to be wrong. I believe that happy girls are the prettiest girls. I believe is tomorrow is another day. And i believe in miracles. Bye.

Follow Dashboard

Tagboard.





Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.