Intan Shahira.
Perang && eh? Maaf.
29 Apr 2014 , 0 Comment


Perang. Bila nak habis? Aku berkata kata serupa macam aku cakap sorang-sorang, serupa duduk di dalam bilik kosong. Suara aku pantul semula pada diri sendiri. Tiada balasan tiada tindakan. Cuma ada kesan hitam dalam hati. Takkan hilang. Sama juga macam aku bercakap dengan dinding. Tiada reflection. Tapi kesan itu takkan hilang. Sebab dinding tak reti padam. Robohkan dinding. Bersuara. Biar dengar. Biar tiada balasan yang penting terlafaz. Asal tenang. Daripada aku simpan titik hitam dalam hati. Bila hati mahu bersih? Alah madah madah. Dalam kata mudah, maaf. Ya, aku minta maaf. 

Sampai bila? Kau tak penat dengan perang keyboard yang dilancarkan? Aku letih. Sakitkan diri sendiri. Mata pula menggatal nak membaca. Bila hati sakit, tangan laju bergerak menyusun kata yang entah sakit atau tidak bila si terasa membaca. Banyak betul dosa. Apa salahnya orang yang memulakan peperangan pun memulakan kata maaf? Masa perang, tidak pernah fikir apa apa. Sebab kita buat benda yang tak pasti. Suka sangat duduk dan bercakap dengan dinding yang keras. Mana nak mengalah. Yang sakit kita, yang menangis kita. Kan padan muka kita. Jadi aku ambil jalan mudah dengan "maaf".

Aku fikir, lebih baik bersuara. Biar dia nak dengar atau tak. Biar dia nak suka atau tak. Yang penting dapat bersihkan hati dari titik hitam. Kalau makin banyak, hati makin rosak. Kesian. Jadi aku mula belajar untuk bercakap, kalau salah kata salah. Kalau sakit kata sakit. Diam, buat kita sakit sorang. Eyy mana aci. Jadi aku belajar bercakap lagi lagi kata maaf. Biar hati terluah. Kurang rasa sakit dalam diri. Kurang juga titik hitam dalam hati. Bagusnya kata maaf ni. Tapi bila sedang meminta maaf atau memaafkan, cari ikhlas kita celah mana. Kalau ikhlas pun tak ada, apa guna? Jadi, ikhlaskan hati. 

Eh kau? Maaf tidak tunjuk nama. Tapi kau tahu aku tuju siapa bila kau baca. Ya, yang sedang melancarkan peperangan keyboard. Aku minta maaf dan aku ikhlas. Maaf berjuta-juta. 

K assalamualaikum.


Chahigha.

I believe in being strong when everything seems to be wrong. I believe that happy girls are the prettiest girls. I believe is tomorrow is another day. And i believe in miracles. Bye.

Follow Dashboard

Tagboard.





Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.