Intan Shahira.
Kaca.
11 May 2014 , 0 Comment

 

Lama biar kau sendiri. Sebenarnya banyak benda kena hadap sampai lupa kau ada. Maaf Incik Bloggy. Alah comal nama kau hihi. Bercakap tentang kaca. Kaca yang retak, kalau tak buat apa pun, retaknya tetap bergerak. Sampai satu sudut, ia tetap akan pecah. Salah kaca ke? Aku rasa tidak. Tentang hidup pula. Aku bukan sempurna. Aku sedar itu. Dan aku juga bukan tukang tilik. Yang boleh tahu tentang masa depan aku. Sedangkan perkara yang bakal berlaku esok pun aku tidak tahu. Aku cuma buat keputusan mengikut situasi sekarang. Kalau keputusan itu tidak membantu untuk masa hadapan, kenapa perlu menyesal? Sebab itu takdir yang tuhan dah tulis untuk aku.

Bercakap pula tentang takdir. Ramai yang kata aku terlalu pasrah dan berserah pada takdir. Tidak. Bukan pasrah tapi aku dah terlalu penat mencuba. Cuba berlawan dengan situasi dan perasaan sendiri. Dan tahap manusia ada batas kan? Sampai sini batas aku. Dan ada yang kata aku tidak mencuba. Tidak. Cuma sebab mereka tidak pakai kasut aku. Saiz tidak sama jadi mereka tidak rasa. Apa yang berlaku sekarang, aku harap ada hikmah yang tersendiri. Semuanya kesan atas keputusan aku sendiri, atas tanggungan aku sendiri. Sebab ini keputusan lampau aku. Tak usah nak menyesal. Aku pilih, aku hadap. Sekarang tiba masa untuk aku mencari keputusan yang baru dan ini keputusan aku. Lebih baik berdiam diri.

Kbye.

Chahigha.

I believe in being strong when everything seems to be wrong. I believe that happy girls are the prettiest girls. I believe is tomorrow is another day. And i believe in miracles. Bye.

Follow Dashboard

Tagboard.





Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.